1. Melihat Cara
Jalannya Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak
jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika
berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah,
wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir
sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini
biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke
Kanan Dan Kiri Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan
rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak
jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai
lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang
diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual
dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti
ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin,
wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang
berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini
kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki
yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap
Lurus Ke Depan Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian
yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia
selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke
Kanan dan Kiri Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak
ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya,
dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak
rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang
suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan
dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya
dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang
pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan
sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan sepertiZirafah Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke
depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang
yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita
seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata. Panduan ini bukanlah
semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan
kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini
hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.
Sekian. Wallahualam.
1 komentar:
Melayu sekali bahasanya Mas! saya sampai berkerut mikir dulu pas bacanya, takut jadi salah faham, trims infonya!
Posting Komentar